October 18, 2011

Khabar Dari Rasulullah SAW




i) Fitnah Dari Timur
Rasulullah SAW pada suatu ketika telah menudingkan jarinya ke arah timur dan memberitahu bahawa fitnah akan menimpa orang-orang Islam dari arah ini.
(Arah timur yang dimaksudkan adalah arah kedudukan Negara Iraq.) Antara peristiwa besar yang menimpa selepas sabda Rasulullah SAW adalah :
-          Pembunuhan Khalifah Umar r.a oleh orang-orang Ajam adalah di Iraq
-          Peperangan Jamal dan peperangan Siffin berlaku antara Saidina Ali dan Mu’awiyah berlaku dalam Negara Iraq.
-          Peperangan Karbala juga di Iraq
-          Fitnah oleh Mukhtar
-          Kezaliman Hajjaj bin Yusuf
-          Penjajahan orang-orang Mongol dan Turki juga di Iraq
-          Ketika ini bumi Iraq masih belum aman akibat fitnah seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW 1400 dahulu.

ii) Dunia Menentang Islam
Rasulullah SAW telah mengkhabarkan bahawa pada suatu ketika nanti Negara-negara di dunia akan bersatu dan menentang orang-orang Islam walaupun orang-orang Islam mempunyai bilangan yang ramai. Rasulullah SAW juga memberitahu keadaan tersebut terjadi lantaran umat Islam ketika itu terlalu cintakan dunia dan takut mati lalu perasaan takut dan gerun kepada umat Islam akan dicabut daripada hati orang-orang kafir.
(Sekarang ini jelas di depan mata kita umat Islam ditindas dan dihina. Sesungguhnya sabda Rasulullah telah benar-benar terjadi ketika ini)

iii) Berita Yakjuj dan Makjuj
Diriwayatkan daripada Zainab binti Jahsyin r.a katanya : Sesungguhnya Nabi SAW terjaga dari tidurnya baginda bersabda : ”Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”. Celakalah bagi bangsa arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadith) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata : Wahai Rasulullah apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda : Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan!”.

iv) Emas Tidak Berharga Lagi
Diriwayatkan daripada Abu Musa ra katanya : Daripada Nabi SAW bahawa baginda SAW telah bersabda : “Umat manusia akan didatangi suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan ke sana sini membawa sedekah emas tetapi tiada seorangpun yang ingin menerimanya. Dapat dilihat juga seorang lelaki yang diikuti oleh 40 orang wanita yang berlindung di bawahnya kerana bilangan kaum lelaki berkurangan manakala bilangan wanita bertambah”.

v) Umat Terbaik.
Diriwayatkan daripada Imran bin Husain ra katanya : Rasulullah SAW bersabda :“Sesungguhnya yang tebaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu yang hidup selepas mereka.” Imran berkata : Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah SAW menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang diminta memberi penyaksian tetapi enggan, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan suke bermewah-mewah.

No comments:

Post a Comment

Share