October 24, 2011

Malaikat Memberi Penghormatan Kepada Mu’awiyah




Anas bin Malik r.a. berkata: “Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah S.A.W. berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah S.A.W. dengan kota madinah ialah sebulan perjalanan. Maka pada suatu hari terbitlah matahari dalam keadaan redup, dan turun malaikat Jibrail A.S.

Apabila melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun bertanya: “Wahai Jibrail, kenapa matahari ini terbit dalam keadaan redup?” Malaikat Jibrail A.S. berkata: “Matahari hari ini Nampak seperti redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap malaikat”

Rasulullah bertanya: “Apa halnya maka terjadi demikian?”

Kata Jibrail A.S.: “Ini adalah kerana Mu’awiyah meninggal dunia di Madinah, Allah S.W.T. telah mengutus seramai 70000 malaikat supaya membaca selawat untuk Mu’awiyah”.

Rasulullah S.A.W. berkata: “Apa sebabnya?”

Maka Jibrail A.S. pun berkata: “Ini adalah kerana Mu’awiyah selalu banyak membaca “Qul huwallaahu Ahad” pada waktu malam,siang,berjalan,berdiri,duduk,pergi,balik bahkan pada setiap keadaan”.

Surah Al-Ikhlas memang banyak kelebihannya, sabda Rasulullah S.A.W., yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan busuk di dalam kuburya, akan selamat dia dari kesempitan kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian Siratul Mustaqim dan menuju ke syurga”.
(Demikian diterangkan dalm Tadzkiratil Qurthhuby)


No comments:

Post a Comment

Share