November 24, 2011

Allah Sentiasa Bersama Kita. Bersyukurlah.



Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketengangan dalam hidup. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,faktor kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tapi itu bukan segala-galanya. Betapa orang yang berada di rumah yang besar,tidur di katil yang empuk,tapi tidurnya tidak lena. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk,kadangkala mereka lebih lena dari kita. Ada orang yang berada dihadapan hidangan yang hebat,lauk pauk yang bagus,tetapi lidahnya tidak enak,lebih enak lagi orang yang makan dengan satu dual auk tapi lebih sedap dan selesa makannya. Kata Hamka,lihatlah bagaimana Allah membahagikan nikmatnya. Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah yang besar,ada makanan yang sedap,tentulah hidupnya bahagia dan tenang, BELUM TENTU. Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,ia tidak boleh dihalang oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang,ia tidak boleh dihulur dengan apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah uruskan urusan kita,dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita,walaupun sekelip mata,dunia tak boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencapai kebesaran kerajaan Allah. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka kita tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi,Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan yang manusia tidak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. Tengoklah dunia ni, bila manusia dia hilang suatu benda daripada dunia ini,kadang-kadang dia macam hilang segala-galanya. BERAPA BANYAK DALAM HIDUP KAMU YANG TELAH MELALUI KEPERITAN DALAM HIDUP? CUBA INGAT. Ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata, “Habislah aku kali ni”. Tapi lihatlah pada hari ini, usia kita telah berjalan, kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Allah. Ketika kita kata “YA ALLAH, TOLONGLAH AKU, YA ALAAH TOLONGLAH AKU, AKU SUSAH YA ALLAH” Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu, dan kita pun kadanag-kadang lupa untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang Allah telah keluarkan kita daripanya. Janganlah berkata “Pasal apalah Allah uji aku,apalah dosa aku” Tetapi katakanlah, “CUKUPLAH BAGI KAMI ALLAH, DIALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT DISERAHKAN SEGALA URUSAN”. Siapa yang tidak melaluinya, tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal. Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasai dunia ini sangat kecil. Kehidupan ini sangat luas. Rasulullah S.A.W. menyebut di dalam hadis yang diriwayakan oleh Imam Muslim, “Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita di dunia, Allah ambil dia dan Allah masukkan ke dalam syurga, kemudian dikeluarkan. Lalu ditanya kepada manusia itu,”Wahai fulan,adakah kau pernah merasa derita dalam hidup” Jawab hamba itu, “Aku tidak pernah merasai derita” .Hanya kerana dimasukkan sekelip mata ke dalam syurga, manusia itu lupa akan derita sepanjang hidupnya di dunia. Kemudian Allah bawa manusia yang paling nikmat dalam dunia, Allah ambil dia dan masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia dan ditanyakan kepadanya, “Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup?” Jawabnya, “Aku tidak pernah merasai nikmat dalam hidup”. Hanya kerana dimasukkan secelup sahaja ke dalam neraka, dia lupa segala nikmatnya semasa di dunia. Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru, tapi kita lupa bahawasanya kita lupa apa yang ada pada kita ini sudah pun suatu nikmat yang besar. Bukan salah untuk kita mengharapkan apa yang belum ada, tapi jangan lupa apa yang telah ada. Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut, syukur kadangkala lebih besar daripada sabar. Ramai orang terpaksa sabar, tapi belum tentu orang yang mendapat nikmat itu akan bersyukur. Bila dia susah, nak kata apa? “Sabar saja lah,nak buat apa”. Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta bersyukur di atas nikmat amatlah susah.

”YA ALLAH, APA SAHAJA YANG AKU ALAMI, DARIPADA NIKMAT MU, DARIPADA KURNIAAN ATAU DARIPADA SESIAPA DI KALANGAN HAMBA MU,TIDAK ADA DARIPADA SESIAPA MELAINKAN DARIPADA MU YA ALLAH. HANYA BAGI MU SEGALA PUJIAN DAN HANYA BAGI MU SEGALA KESYUKURAN YA ALLAH”.

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan merasa apa yang Allah kurniakan kepada kita.lebih dari harapan kita sebenarnya. Subhanallah. Sentiasalah bersyukur di atas nikmat Allah S.W.T. kita.

No comments:

Post a Comment

Share