Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat,maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa,mereka ialah:
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2.Seorang Haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
3.Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4.Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riya.
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Keutamaan orang alim di atas ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah daripada saya".
Allah S.W.T. berfirman,maksudnya "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu".
Al-Hasan r.a. berkata, "Tinta para ulama' itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama' akan menjadi lebih berat dengan darah para syuhada".
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang yang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran).Janganlah engkau menjadi orang yang keempat,akan rosaklah engkau".
Rasulullah S.A.W. ditanya "Apakah amal yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab "Berilmulah tentang Allah S.W.T"
Sabda Rasulullah S.A.W lagi "Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara,dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga,iaitu:
1.Wajah yang manis dan berseri-seri.
2.Tutur kata yang bersopan.
3.Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4.Tangan yang dermawan.
Empat perkara bagi penghuni neraka:
1.Muka yang muram.
2.Tutur kata yang keji.
3.Hati yang keras engkar.
4.Tangan yang kedekut (bakhil).
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:
1.Dengan berilmunya para ulama'
2.Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3.Denga orang kaya yang dermawan.
4.Dengan doanya orang yang fakir.
No comments:
Post a Comment