1. Muharam – Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan tersebut dilarang menumpahkan darah atau berperang.
2. Safar – Ertinya kosong. Penamaan bulan ini disebabkan pada bulan ini, semua lelaki arab di zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga tempat asal mereka tiada orang lelaki.
3. Rabiul Awal – Ertinya berasal dari perkataan Rabi’ (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki setelah meninggalkan rumah atau pergi merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah buat umat Islam.
4. Rabiul Akhir – Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.
5. Jamadil Awal – Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau.
6. Jamadil Akhir – Ertinya musim kemarau yang berakhir.
7. Rejab – Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dahulu sangat memuliakan bulan ini dan di antaranya ialah dilarang berperang di bulan Rejab.
8. Sya’aban – Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok untuk mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam pada bulan ini adalah pertukaran kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).
9. Ramadan – Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran. Satu bulan yang punyai pelbagai kelebihan dan keutamaan. Ia melambangkan kesucian dan amat penting bagi umat Islam.
10. Syawal – Ertinya kebahagiaan. Iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan ibadah puasa dan zakat fitrah.
11. Zulkaedah – Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan bulan istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmati istirehat di rumah di bulan ini.
12. Zulhijjah – Ertinya menunaikan haji. Bulan ini merupakan bulan untuk menunaikan ibadah haji sejak dari Zaman Nabi Adam a.s.
No comments:
Post a Comment