December 19, 2011

Bersyukurlah Dengan Nikmat Allah S.W.T.



NIKMAT kehidupan yang dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya ialah gambaran cinta dan kasih sayang yang tidak terbanding. Kesusahan hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan.

Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia ini, tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi, lalu ternyata kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira dengan jari. Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan penuh kasih sayang tidak akan diperoleh jika tiada kuasa yang menganugerahkan. Tentu kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Ada kala kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat, bahkan ada orang lain yang tidak dapat merasainya. Sebab itu kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah kehidupan lengkap. Cuma, ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanfaatkan akibat sikap manusia yang tidak tahu menghargai nikmat.

Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia itu sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri sendiri serta orang lain. Malangnya, ada yang menghabiskan kehidupan dari awal hingga saki bakinya dengan judi dan zina. Tidak pula terkilan dengan kezaliman dan kejahatan meragut atau merompak, bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan dengan kejahilan ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan ilmunya untuk apakah ia gunakan dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah, mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana sedar semuanya adalah pinjaman saja, sebaliknya berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat itu.

Ia supaya nikmat Allah yang ada padanya dapat dikongsi dengan orang kurang berkemampuan kerana orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan adalah orang yang tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentu mereka tidak akan melupakan hari akhirat.” (Surah Al-Ankabut, ayat 64)

Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi: “Daripada Abdul Rahman Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.” 

Usia panjang adalah satu nikmat tidak ternilai kerana dengannya kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia ini diambil semula pemiliknya maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur. Sebab itu jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan sangat bermakna. Justeru, jika kita mengerti nikmat Allah yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula, apalah daya kita.

Sedangkan bertahun lamanya Dia berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan lebih abadi. Janji-janji kosong juga tidak mampu menukar qada’ dan qadar-Nya, dan kita sepatutnya sedar bahawa kematian adalah pengakhiran.

Oleh itu, sedang pintu taubat sentiasa terbuka, jangan kita longlai usaha untuk menjadi insan berguna.

December 14, 2011

Janji dan Sumpah iblis Pada Wanita



Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…

Kelebihan Umat Rasulullah




Ka’bul Ahbar berkata :”Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Musa A.S.,yang mana Allah berfirman yang bermaksud:”Wahai Musa, 2 rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya, Aku ampunkan mereka (yang mengerjakan solat Subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari,dia tetap di bawah lindunganku”.

Firman Allah S.W.T.: “Wahai Musa,solat Zohor 4 rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya,Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama,Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua,rakaat ketiga aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar bari mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka”.

Firman Allah S.W.T.:”Wahai Musa,empat rakaat solat Asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya,maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun untuk mereka,maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu”.

Firman Allah S.W.T:”Wahai Musa,solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya,iaitu ketika matahari terbenam,maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit,dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan”.

Firman Allah S.W.T.:”Wahai Musa,solat Isya’ empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah,solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu”.

Firman Allah S.W.T.:”Wahai Musa,jika Muhammad dan umatnya berwudhu’ sebagaimana yang Aku perintahkan,maka Aku berikan kepada setiap titik air wudhu’ itu dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.”

Friman Allah S.W.T.:”Wahai Musa,puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun,maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka,yang sunat akan diberi pahala sebesar pahala fardhu.Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar,barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh-sungguh dan menyesal dalam hatinya terhadap kesalahan-kesalahannya,apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu,maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.”

Firman Allah S.W.T.:”Wahai Musa,di antara umat Muhammad S.A.W. ada orang-orang yang berdiri di atas tempat-tempat tinggi untuk mengumandangkan syahadat La illaha illallah,maka pahal mereka bagaikan pahala para-para nabi A.S dan rahmatKu wajib ke atas mereka.Sedangkan murka Ku jauh dari mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah.”

Kisah Solat Sunat Tasbih




Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda kepa Al-Abbas: “Wahai mamanda,sukakah kamu jika aku memberikan hadiah yang berguna kepada mu?” Kata Al-Abbas:”Ya aku suka ya Rasulullah,semoga anda tetap menjadi kesayanganku yang akan aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku”.

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda :”Wahai Al-Abbas,sembahyanglah 4 rakaat dan bacalah pada tiap satu rakaat Al-Fatihah,kemudian sambung bacaan dengan surah lain. Setelah itu hedaklah kamu membaca Subhanallah,Walhamdulillah,Walaa illaha illallah,Wallahhu akbar sebanyak 15 kali,kemudian dalam rukuk 10 kali, kemudian I’tidal 10 kali, sujud 10 kali,duduk antara dua sujud juga 10 kali,dana apabila kali kedua sujud juga 10 kali,duduk selepas sujud 10 kali sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya dalam 4 rakaat”.

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,:”Wahai Al-Abbas,andaikata dosa=dosamu iu sebanyak pasir di ALij,nescaya akan diampunkan oleh Allah S.W.T”

Setelah mendengar penjelasan dari Rasulullah S.A.W. maka Al-Abbas berkata: “Ya Rasulullah,akalu saya tidak dapat melakukannya setiap hari bagaimana?”

Rasulullah bersabda: “Kalau kamu tidak dapat mengerjakannya setiap hari,kerjakanlah setiap hari Jumaat”Al-Abbas bertanya lagi:”Bagaimana kalau saya tidak dapat melakukannya pada setiap hari Jumaat?”

Rasulullah menjawab: “Wahai Al-Abbas,kalau kamu tidak dapat melakukannya setiap hari Jumaat,maka lakukanlah sebulan sekali”.

Al-Abbas berkata lagi:”Kalau saya tidak melakukannya sebulan sekali bagaimana?”

Rasulullah menjawab,”Kalau kamu tidak dapat melakukannya sebulan sekali maka bolehlah kamu mengerjakannya setahun sekali”.

Ka’bul Ahbar berkata:”Kalau seseorang itu dapat melihat pahala sembahyang 2 rakaat,sudah tentu dia akan melihat pahalanya lebih besar daripada bukit”

Rasulullah S.A.W bersabda,”Sembahyanglah kamu di rumahmu (sembahyang sunat),dan jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur (hanya tempat tidur).

Rasulullah bersabda,”Mengerjakan sembahyang sunat 2 rakaat lebih afdal dari sembahyang di hadapan orang dan sembahyang fardhu itu lebih afdal sembahyang berjemaah dari sembahyang sendirian”.

Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah adalah sebagai nur, terangilah rumah kita dengan sembahyang sunat di rumah,dan kerjakanlah sembahyang sembahyang fardhu dengan berjemaah di masjid atau di surau.

Ingatlah setiap pesanan Rasulullah S.A.W. bukan ditujukan seseorang itu sahaja,sebaliknya setiap pesanan Rasulullah S.A.W. itu ditujukan kepada semua umat Baginda termasuklah kita. 

Khatam Al Quran dalam Seminggu



Rasulullah s.a.w menekankan kepada kita supaya meluangkan seberapa banyak masa untuk membaca dan memahami al Quran. Secepat-cepat tempoh masa yang boleh khatam al Quran adalah selama 3 hari dan selewat-lewatnya jangan jangan lebih dari sebulan. Sebaik-baiknya al Quran dikhatamkan bacaannya dalam tempoh seminggu.


Beberapa sahabat Rasulullah s.a.w yang masyhur seperti sayyidina Uthman, Zaid Ibn Thabit, Ibn Mas'ud dan lain-lain mengkhatamkan al Quran dalam masa seminggu dengan dibuat penyusunan surah-surah seperti berikut :


Malam Jumaat : surah al Baqarah hingga surah al Maidah


Malam Sabtu : surah al An'am hingga surah Hud


Malam Ahad : surah Yusuf hingga surah Maryam


Malam Isnin : surah Toha hingga surah al Qasas


Malam Selasa : surah al 'Ankabut hingga surah Sod


Malam Rabu : surah Tanzil (al Zumar) hingga surah al Rahman


Malam Khamis : menghabiskan surah yang berbaki


Selamat beramal!

December 06, 2011

Sedihnya bila tidak tahu makna bacaan dalam solat



Sedih bila kita menunaikan solat, tapi bila membaca doa iftitah, bacaan rukuk, bacaan sujud, bacaan duduk antara dua sujud, bacaan tahiyat awal dan akhir, bacaan doa qunut, kita tidak tahu maksud bacaan kita. Solat berpuluh-puluh tahun pun tapi tidak tahu pun maksud bacaan dalam solat. Selain ayat dari Al-Quran, bacaan-bacaan itu hanya menjadi seperti debu-debu yang berterbangan. Jadi marilah sama-sama kita fahami maksudnya tiap-tiap bacaan dalam solat kita dan sematkan di dalam hati supaya solat kita itu hidup dalam perjalanan hidup kita kembali kepada Allah.


Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Seganlah



Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.
Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.
Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.
Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.
Bila dititipkan harapan,
Lebih mengikut kata hati,
Lebih menyebelahi kata nafsu,
Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,
Malunya bila rasa dah belakangkan DIA.
Oh, terasa segan.
Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.
Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!
Segan dengan dosa yang dilakukan,
Terasa bersalah dengan Dia.
Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sesaat.
Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
Hamba yang sering leka dengan dunia,
Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.
Tapi bukankah sifat Mukmin, mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?
Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.
Ish, dah tahu rupanya begitu.
Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Dan terasa segan.
Benar, diri bukanlah Maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang di bawah dan yang terhina.
Tapi, kalau diri mengakui beriman
sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.
Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.
Jadi,
Kalau terasa segan, bersyukurlah.
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang
Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?

Share